3 Sebab Anda Perlu Melabur Saham Sekarang!

[et_pb_section bb_built=”1″][et_pb_row][et_pb_column type=”4_4″][et_pb_text _builder_version=”3.0.72″ background_layout=”light” text_orientation=”left” border_style=”solid”]

1 – Demi Masa Depan Anda Dan Orang Tersayang

Berdasarkan kajian tinjaun yang dilakukan AIA Group purata bagi rakyat Malaysia yang berpendapatan pertengahan selayaknya memiliki RM 1.9 million pada fasa bersara. Sangat membimbangkan bahawa hampir 53% rakyat Malaysia berkemungkinan tidak mampu memiliki jumlah tersebut semasa bersara.

Justeru, fakta telah menampakkan lagi kebenarannya bahawa sangat mustahil untuk memiliki angka tersebut sekiranya bergantung hanya pada simpanan anda semata-mata.

Seperti yang ditekankan pada permulaan tadi, perlunya untuk menjadikan wang anda ‘bekerja’ buat anda. Pelaburan merupakan aktiviti terbaik untuk dilakukan untuk ‘memerangi’ kadar inflasi terkini.

Untuk lebih jelas, di sini sedikit penerangan mengenai cara pelaburan berjalan:

Sekiranya anda menyimpan RM5 sehari setersunya menjadi RM150 sebulan dan akhirnya menjadi RM1800 setahun! Setelah 40 tahun, kadar faedah kompaun hanyalah sebanyak 10%!

Melabur merupakan sesuatu yang semua orang boleh pelajari.

2 – Nilai Ringgit Jatuh!

Sekiranya anda ke Ho Chi Minh dan menikmati makanan tempatan yang berharga 10 US Dollar dan membayarnya dengan RM50, pastinya pelayan restoran itu akan memulangkan semula wang tersebut. Ringgit mengalami keadaan mata wang yang naik turun atau tidak menentu sekarang!

Dengan nilai Ringgit bersamaan lebih kurang 4 Dollar US dan itu merupakan kejatuhan mata wang Ringgit yang paling teruk selama tempoh 17 tahun kebelakang.

Sekiranya anda berasa tekanan setelah pelaksanaan GST, bersedialah kerana harga barang dan perkhidmatan dijangka akan meningkat juga. Justeru, cara terbaik untuk menghadapi kejatuhan Ringgit adalah dengan melabur dengan syarikat luar atau global.

3 – Pasaran Saham Jatuh Sejak Mula Tahun 2016!

Sekiranya anda mendengar khabar angin bahawa pasaran saham merudum dan anda harus mengabaikannya, anda harus berfikir semula!

Sebenarnya, waktu yang TERBAIK untu melabur ialah semasa nilai pasaran jatuh. Masih ingat krisis ekonomi dunia pada tahun 2008?

Pelabur kebanyakan menjual kesemua stok mereka. Namun, Warren Buffett (pelabur hebat dunia) dengan tenang mengambil kesempatan ini melabur dengan beberapa syarikat yang kukuh.

Lebih mengejutkan, apabila ekonomi sudah pulih, Buffett boleh mentertawakan pihak bank apabila keuntungan yang diperolehnya adalah melebihi 10 billion US Dollar seperti yang dilaporkan oleh Wall Street Journal.

Oleh itu, peluang untuk melabur sekarang sudah terbentang luas untuk anda!

 

[/et_pb_text][/et_pb_column][/et_pb_row][/et_pb_section]

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top