Simpan duit bertahun lebur dalam masa 5 minit!

Ramai orang kita mudah meleburkan wang simpanan yang kita kumpul selama bertahun lamanya dengan menjadi mangsa kepada skim2 ponzi atau MACAU SCAM yang kini berleluasa sehingga menyebabkan kerugian jutaan ringgit. Ada juga yang meminjam wang dari ALONG dan Bank2 hanya untuk kononnya melaburkan duit skim2 ponzi ini yang menjanjikan pulangan yang sangat lumayan setiap bulan. Akhirnya wang pelaburan pun lesap, orang yang menjanjikan pelaburan pun hilang, kita?, hanya boleh meratapi kejadian yang telah berlaku, malah ada yang bunuh diri kerana tekanan hidup berhutang.

Disebabkan ini ramai orang kita takut untuk buat pelaburan, takut ditipu, takut rugi. Soalannya, Kenapa orang kita tidak buat pelaburan di Bursa Malaysia yang dikawalselia oleh Securiti Commision. Lebih daripada 1900 syarikat tersenarai di bursa Malaysia yang telah melalui process yang teliti sebelum tersenarai di papan bursa Malaysia.

Mengapa kena buat pelaburan – orang kita tertekan dengan inflasi yang ade sekarang – Contoh jika kita kira lebih kurang 10 tahun yang lepas, sekeping roti canai di kedai makan adalah berharga 50 sen. Sekarang dapat lagi ke nak beli roti canai dengan harga 50 sen? TAK!!! Disebabkan inflasi, nilai duit yang kita pegang akan semakin mengecil. Cuba anda simpan duit RM10,000 bawah bantal dan tunggu 10 tahun, agak2 duit itu boleh beranak tak? Ia masih rm10,000.  Tapi anda harus ingat dengan inflasi yang tengah berlaku dan nilai RM10,000 itu makin mengecil. Selepas 10tahun simpan bawah bantal, betul?.

BursaMalaysia membantu ramai pelabur untuk melabur pada saham2 yang yang tersenarai di papanbursa Malaysia. Pelabur mestilah buat analisa dahulu sebelum membuat keputusan sesuatu pelaburan. 

Contoh saham yang tersenarai di bursa Malaysia yang terdapat di dapur rumah anda, ya dapur rumah anda – Ajinamoto, Brahims, NESTLE. Agak2 jika berlaku kegawatan ada tak orang stop makan, produk NESTLE, contoh MAGGI?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top